February 06, 2010

Big Toyota is in Crisis

Dear Readers,

The dismayed customers who purchased Prius hybrids recently from Toyota have many reasons to feel disappointed and unhappy. 19 deaths and many other unrecorded casualties. Indeed, the number one car maker company in the world is in deep trouble. More than 8 million hybrid cars have been recalled worldwide and the latest issue of braking glitches could be the ultimate test to the car industry.

I remember recently when a PhD student at a local university stated about how he is doing a research to improve the quality of our national car maker - Proton. I was on cloud nine and of course very proud to know that someone is doing his/her job as a citizen of Malaysia to safe the national car maker from being sidelined in the future. The market has not been so kind to Proton all the past years especially during the downturn of global economy. However, Malaysia should maintain this car maker from troubling itself with debts and low quality products, as such we should do something about it.

Toyota has became a number one car maker in the world because of its quality control programme in the past that managed to distinguish between zero defects policy and perfectionist management agenda. Many mediocre companies have perfectionist managers but their aim were not zero defects policy. Some of the them seems to know that they will never be able to achieve such level of perfect quality as long as they remain dependent on let say government subsidies.

Though I do not have any Toyota cars in my carporch except for a recon engine that I used for my Honda car which I brought back from Japan in 2002, I still have a very much fond feeling of this #1 automotive company. Back then when I was studying in Japan, I have seen how the Japanese car maker have improved the technology and quality by putting a high standard of expectations on themselves. This is indeed a phenomenon in the 21st century and you can get any book about quality and strategy at any bookstores out there.

My biggest concern is not about Toyota. It is about how do we deal with unexpected end results such of Prius hybrids in United States, Europe and Japan? In a real perspective, we do not care so much about quality and safety of our everyday life. Lets say about purchasing a new house or going to a holiday. We do want to have the best quality of the product we purchase, but we do not see the external factor that could destroy the most important element of quality, which is trust.

Some of us have to find as many potential suppliers or external experts as possible to get the things done. But that is not the best answer to all of our small problems. Business is one of the main pillars in our life. For an example is sending our children to private schools or tuition perhaps. How do we anticipate any problems that could befall upon our own kids in the future? This is a very simple fundemental question in real situation.

So, it is normal when we say we do take charge of our own destiny by working hard and making great plans. However, the external factor could destroy the value that we have created before in just only one day, sometime even in few seconds.

The conclusion is, though Toyota has planned to set up a quality improvement task force to resolve the problems, perhaps we should ask ourselves whether we have set up an improvement task force too? I just strongly feels that despite this is not impossible, in actual situation - it is very hard to repair the damage. 8 million cars, and more than one problems? Only Allah s.w.t. can help them.

- SS

January 31, 2010

Keberanian

Salah satu daripada sifat utama seorang pemimpin adalah "berani". Pada zaman dahulu, seorang raja yang pengecut akan dijatuhkan sendiri oleh rakyat dan pembesar bawahan. Di zaman dahulu, raja yang pengecut tidak langsung menjadi raja. Keberanian adalah salah satu personaliti utama seorang pemimpin.

Di zaman moden dan kontemporari, pemimpin ataupun ketua adalah golongan mereka yang berada di sana mengikut proses dan prosedur tertentu. Maka adalah sukar untuk kita mengaitkan keberanian itu sebagai salah satu personaliti utama sebagai pemimpin. Jika diamati dengan serius, sebenarnya ramai pemimpin utama masakini lebih pengecut daripada anak-anak kecil. Malah, ramai dikalangan mereka menggunakan pihak-pihak berkuasa, kad-kad kuasa, wang ringgit, posisi dan berbagai lagi cara untuk menakut-nakutkan pihak ketiga.

Jika di syarikat, pekerja terpaksa menuruti kehendak majikan ataupun boss-boss kerana mereka memiliki kuasa dan ganjaran. Jika ditentang, maka akan dikenakan tindakan ataupun hilang mata pencarian. Teknik kawalan psikologi ini mengundang padah jika dibawa keluar apabila pihak majikan menjadi manusia biasa sahaja. Apabila seseorang itu menjadi orang biasa di luar sana, mereka menjadi kecut perut kerana kuasa hanya wujud di dalam pejabat dan bukan di luar.

Manusia masa kini pula menganggap wang ringgit adalah sebagai kuasa baru. Namun apabila memiliki wang yang banyak, mereka menjadi kecut perut lalu mereka menggaji pengawal sekuriti, membeli alat penggera, memasang kamera CCTV dan sebagainya. Ini adalah berlawanan dengan peranan wang yang kununnya memberikan mereka kuasa dan kekuatan. Mengapa setelah memiliki banyak wang mereka menjadi semakin pengecut? Ini adalah satu topik baru yang perlu dikaji dari sudut psikologi.

Trend terbaru pula dikaitkan dengan jenis-jenis sukan yang memberikan impak kepada faktor keberanian. Di antaranya ialah sukan jenis ragbi, sky-diving, mountain climbing dan sebagainya. Ini memang benar adalah jenis-jenis sukan yang mengundang tahap keberanian yang tertinggi pada ketika hendak melakukannya. Tiada sangkalan terhadap tanggapan tersebut. Namun ianya perlulah dinilai dari sudut perbezaan ketara kerana ramai yang menjadikan sukan sebagai selimut untuk menutup perasaan takut mereka terhadap sesuatu. Contoh mudah ialah, pemain ragbi terkenal boleh menjadi kelam kabut apabila terdengar bunyi tembakan di tempat meletak kenderaan di waktu malam ketika berseorangan.

Ketika seorang pemimpin sedang memimpin barisan untuk berdemonstrasi, dan bernegosiasi dengan pihak berkuasa - siapakah yang paling berani? Pihak berkuasa menjadi sangat berani kerana mereka memiliki kad kuasa, senjata dan beruniform. Mereka juga memiliki hak untuk bertindak ganas jika perlu. Pihak yang berdemonstrasi pula, khasnya pihak pro-mahasiswa yang sedang berlaku sejak akhir-akhir ini terpaksa menggunakan kekuatan yang ada di dalam diri sendiri sahaja untuk menjadi berani. Kadang kala, mereka mengharapkan lebih ramai rakan-rakan mereka untuk turut serta di dalam perhimpunan aman supaya mereka menjadi lebih berani.

Keberanian pemimpin negara pula dilihat sebagai satu kemestian untuk terus memacu negara supaya pergi ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi, berlainan dengan di zaman dahulu - pemimpin negara hendaklah memiliki tahap diplomasi yang paling tinggi. Kita tidak boleh terus terburu-buru menjadi seorang pengganas ataupun memimpin angkatan tentera jika negara jiran mahupun negara lawan bertindak ganas terhadap kita. Namun, pemimpin utama negara juga perlu berani untuk menghapuskan anasir-anasir jahat seperti rasuah, jenayah, penyalahgunaan kuasa, dan banyak lagi. Cara terbaik untuk melakukan perkara ini semua bukan dengan cara diplomasi, dan sudah tentulah dengan menggunakan keberanian yang tertinggi.

Pemimpin yang berani adalah mereka yang pernah melalui rona-rona dan duri-duri kehidupan seperti hidup di dalam buangan, tinggal di dalam penjara, didera dan dipukul, ataupun kezaliman lain yang pernah melanda hidupnya mahupun keluarganya. Pengalaman sebegini selalunya akan menzahirkan satu personaliti yang berkarisma dan penuh kekuatan dalaman. Walaupun dilihat sebagai seorang yang penyayang di luar, tetapi memiliki keberanian di dalam jiwanya. Kepimpinan berani ini sudah pasti akan menjemput satu ikutan yang kukuh daripada para penyokong dan rakyat keseluruhannya. Ini juga jika dikaitkan di dalam sektor pekerjaan dan korporat, akan dilihat sebagai seorang boss yang berjaya dan mampu memimpin pekerja bawahannya.

Saya dengan yakin menganggap bahawa kepimpinan yang wujud di dalam parti Pakatan Rakyat sekarang ini amatlah berani dan berdaya saing. Rakyat sedang memerhatikan, dan mari kita lihat sejauh mana keberanian mereka seterusnya. InsyaAllah.

- SS

January 27, 2010

Rakyat Wajib Bangkit

Minggu lepas saya ditanya oleh seorang sahabat tentang mengapa sesebuah organisasi menjadi lemah walaupun sebelum itu terlalu gah? Beliau menjadi amat hairan mengapa masa depan organisasi yang beliau sedang ceburi kini menjadi begitu malap walaupun sebelumnya begitu dicemburui pihak kawan dan lawan. Kami menjadi bingung dengan persoalan ini.

Setelah dikaji semula kini saya telah bertemu dengan jawapannya. Saya boleh agihkan penerangan ini berdasarkan beberapa agihan skop supaya ianya fokus dan tersusun.

Faktor Sejarah:

Selama ini setelah kita menilai dari sudut sejarah. Mana-mana tamadun sekalipun tidak akan kekal hebat selama-lamanya. Malah, agama Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sejak nabi Adam a.s. sekalipun terpaksa ditajdidkan dengan perlantikan Nabi dan Rasul dari satu zaman ke zaman yang berikutnya. Ini membuktikan bahawa tidak akan ada satupun tamadun, organisasi, ataupun manusia yang akan kekal berkuasa selama-lamanya. Ini adalah sunnatullah yang menjadikan sesuatu itu dengan hikmah kebijaksanaanNya.

Faktor Sains:

Dari sudut sains dan teknologi pula, manusia zaman masakini amat mudah terdedah dengan informasi dan berita terkini. Mereka mudah menilai mana-mana info yang benar mahupun yang berunsur fitnah ataupun sebagainya. Manusia menjadi libang-libu jika tidak mampu mendapatkan info terkini pada zaman sekarang ini. Malah, mereka pergi lebih jauh lagi dengan mendapatkan info-info tersebut daripada laman web media alternatif dan laman-laman web blog persendirian yang lain. Dengan ini, dunia tanpa sempadan telah diwujudkan dan akan memberikan kelebihan kepada mereka yang tidak berkuasa.

Faktor Individu:

Manusia juga memiliki perasaan cemburu, tamak dan haloba. Setiap individu yang berada di tampuk kuasa sesebuah organisasi boleh menjadi tamak dan haloba jika tidak dinasihati oleh seseorang yang lebih dihormati oleh si berkuasa. Selalunya manusia mudah menerima nasihat ibu bapa, guru mahupun orang tua. Namun, apa akan berlaku jika si berkuasa tidak mahu menerima apa-apa pun nasihat daripada ibu bapa (jika masih ada), guru atau ulama, dan juga orang-orang tua. Malah, apa akan berlaku jika si berkuasa itu juga sudah terlalu tua?

Faktor Masa:

Apabila sesebuah organisasi itu berkuasa atau memiliki kemegahan terlalu lama, maka datanglah kelemahan ataupun kanser yang menjadikan organisasi itu tidak mampu menerima atau melihat kelemahan mereka sendiri. "Kuman di seberang kelihatan, gajah di depan mata tidak nampak!" Ini adalah satu contoh peribahasa yang sangat bertepatan dengan mana-mana organisasi yang terlalu lama berkuasa ataupun mencapai kegemilangan mereka. Organisasi baru selalunya akan menjadi fokus di dalam usaha-usaha mereka. Organisasi lama selalunya akan menjadi hilang punca dan fokus apabila telah begitu lama berkuasa.

Apabila terlalu lama berkuasa, maka orang-orang yang berkuasa di dalam organisasi tersebut akan menjalankan modus operandi program pilih kasih di dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan. Maka akan jadilah proses kronisme dan sebagainya. Ini akan melumpuhkan organisasi tersebut kelak. Apatahlagi jika perkara pokok di dalam disiplin tidak dijaga seperti intigriti dan intelektual.

Faktor Wang Ringgit atau Materialis:

Apabila anda berkuasa, maka anda sudah tentu memiliki kekuatan material atau kekayaan bagi membantu anda untuk terus berkuasa. Ini adalah logik mudah di mana wang ringgit bersamaan dengan kuasa, dan begitulah sebaliknya. Apa yang mampu untuk mempertahankan seseorang daripada menjadi tamak atau haloba adalah ilmu pengetahuan, akidah atau iman, prinsip atau kekuatan jati diri dan juga kehormatan. Jika kesemua ini tidak diambil peduli, maka si berkuasa itu akan dianggap sebagai seorang yang tamak dan haloba.

Jika seseorang itu tamak dan haloba, maka jiwa dan raganya boleh dibeli dengan wang ringgit. Matanya hanya akan tergamak untuk meruntun nafsu nafsinya demi memastikan dia memperoleh kejayaan dan kekayaan. Orang putih kata, 'by hook or by crook' maka si berkuasa akan tetap mahu berkuasa walaupun dengan menggunakan kezaliman.

Faktor Luaran:

Di dalam politik kita melihat faktor luaran adalah mereka yang dipanggil rakyat. Di dalam sektor perniagaan ataupun korporat, ini dipanggil sebagai stakeholders. Mereka memiliki suara yang kuat untuk menentukan nasib sesuatu organisasi itu samada akan terus gah dan berkuasa, mahupun sebaliknya. Dalam konteks ini, kita melihat rakyat perlulah peka dan tegar dalam usaha untuk memulihkan keyakinan mereka bahawa organisasi ini boleh dipulihkan. Jika tidak, rakyat berhak untuk bangkit dan memperbetulkan keadaan, malah wajib memilih organisasi yang selayaknya untuk berkuasa kelak.

Kesimpulan:

Walaupun faktor-faktor di atas bukanlah satu-satunya bukti mengapa sesebuah organisasi itu menjadi gagal dan lumpuh, namun ianya adalah di antara perkara-perkara yang boleh diberikan perhatian. Selain daripada itu, perkara yang paling penting untuk si berkuasa lakukan ialah memuhasabah diri dan menginsafi kesilapan yang lalu.

Walau bagaimanapun, ianya kelihatan seperti sudah terlambat. Majoriti daripada generasi muda adalah amat cerdik di dalam membuat keputusan. Pastinya hanya yang bodoh masih meneruskan harapan kepada organisasi yang semakin usang. Dan pastinya yang cerdik dan pintar akan menghindari daripada membaiki banggunan uzur, sebaliknya membeli rumah baru yang murah dan meyakinkan.

- SS